..:: SUDUT GELAK KETAWA ::..

- Minda Fokus Hadir Dari Ketenangan, Minda Positif Hadir Dari Keceriaan Dan Kegembiraan -



( )


Mengapa Utara Tak Ditawan Portugis (Fakta Sejarah)

(Sejarah Penjajahan Tanah Melayu)
Tolong sebarkan perkara ini kepada kawan kawan kita supaya kita semua dapat kesedaran di sebalik sejarah yang sengaja tak didedah disebabkan agenda tertentu.. Semoga dari pendedahan ini kita mengambil iktibar betapa Ketuanan Melayu disanggah selama ini.....

1508:
Alfonso de al buqurque menyampaikan hasratnya kepada Raja portugis untuk meluaskan pegaruhnya ke Asia Tenggara ( Melaka pusat perdagangan asia tenggara ketika itu) dan juga laluan penting perdagangan timur barat. Raja Portugis bersetuju untuk menyediakan kemudahan bala tentera 158 biji kapal, 15300 ( anggaran) bala tentera

1509:
Portugis menhantar perisik ke Melaka untuk megetahui keadaan kekuatan pertahanan disana

Oct 1511:
Alfonso berjaya menawan Melaka setelah berhempas pulas melawan 5 pahlawan melayu terhandal (Hang Tuah, Hang Lekir, Hang Lekiu,Hang Jebat dan Hang Kasturi) ini adalah mimpi ngeri bagi pihak Alfonso, untuk menawan Melaka serta berlawan dengan 5 Hang bersaudara, mereka perlu mendapat askar tambahan setelah 15k askarnya terkorban dalam pertempuran selama 6 hari itu dengan 5 Hang bersudara..akhirnya dapat juga menawan Melaka setelah hampir kecewa dan putus asa...

1512:
Setahun 12 bulan kemudian Alfonso ingin meluaskan kekuasaannya ke Perlis, Kedah dan P.Pinang, yang ketika itu adalah pusat pegeluaran tebu untuk gula rantau ini,...

Feb 1512:
Alfonso menghantar perisik ke perlis, kedah dan pulau pinang un tuk mengetahui kekuatan bala tentera di sana mengikut sejarah, perisiknya telah ke kedai kopi sekitar untuk mendapat segala maklumat yang diperlukan.. .

Seminggu selepas

FEB 1512,
Perisik balik ke Melaka untuk memberitakan hasil risikan kepada Alfonso Di bawah adalah perbualan percakapan antara perisik dengan Al fonso yang selama ini cuba disembunyikan dalam buku sejarah

Perisik 1.2.3: selamat pagi tuan (sambil bertabik)
Alfonso: selamat pagi
Perisik 1: Begini lah tuan, lupakan saja niat tuan untuk menawa Perlis, Kedah dan Pulau Pinang
Alfonso: Kenapa kuat sangat kah mereka itu..? ( dengan nada marah dan bongkak)
Perisik 2: Untuk menawan melaka yang mempunyai 5 pahlawan terhandal Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu pun kita kehilangan hampir 15k bala tentera, inikan pula kita nak menawan Perlis, Kedah dan P.Pinangyang mempunyai beribu ribu hang..
Perisik 3: Betoi tu tuan...antaranya

hang sihat, hang buat apa, hang apa khabar, hang lagu mana, hang pi mana, hang buat apa, hang nak pi mana, hang main apa, hang singgah dulu, bapak hang, mak hang, adik hang, tok hang...
macam macam lagi hang ada kat sana.....

Mendengar hasil risikan itu Alfonso pun tak jadi nak pi serang disebabkan pengalamannya sebelum ini bersama 5 pahlawan melayu Melaka amat ngeri......ini kan pula nak berhadapan beribu ribu hang kat situ.

so.....

lagi....

lagi...







Hang tunggu apa lagi...hang nak mampuih ka....hang pi buat kerja nu!!!

Labels: ,

#################### END OF THIS TOPIC ####################

Thanks You Seven

Hendak dijadikan cerita, ada seorang pemuda yang baru je pandai bercakap Inggeris.
Perkataan yang dia tau plak seperti ;-
ok, never mind, thank you, one, two, three, four five, six, seven dan bye-bye ..

Pada suatu hari pemuda ini bergegas hendak ke tempat kerjanya sebab terlewat, sambil membawa beberapa barang. Sedang asyik dia berjalan laju tiba-tiba dia terlanggar seorang Mat Salleh. Habis jatuh barang yang dibawanya, Mat Salleh itu pun membantu pemuda itu mengambil barang-barangnya yang jatuh.

Pemuda ; (Inilah peluangku untuk menguji kehebatanku Berbahasa Inggeris) katanya dalam hati.

Mat Salleh ; Oh, I'm sorry
Pemuda ; It's ok, never mind. Thank you.
Mat salleh ; Thank You too.
Pemuda ; ( hmm..lepas two, mesti three ) thank you three.

Mat salleh ; ( hairan ) what for?
Pemuda ; ( four..four hmm five ) thank you five.

Mat salleh ; Are you sick?
Pemuda ; ( alamak, lepas sick.. seven... pas tue, aku tak tau dah.. mesti mau cabut ) Sambil mengambil barangnya... pemuda itu pun berteriak dari jauh .. Thank you seveeen! bye-bye .

Mat salleh ; ( bingung )

Labels: , ,

#################### END OF THIS TOPIC ####################

Seman

Satu lagi malam kemenangan buat Seman Wheelie. Terbeliak matanya mengira wang yang dimenanginya setelah mengalahkan Awang Neo dalam perlumbaan tadi. Khusyuk mengira, tidak disedari lansung dek Seman yang Ani, antara gadis yang paling anggun di kawasan Pertama Kompleks, sudahpun membonceng motornya.

Didakapnya Seman dari belakang sambil berbisik manja ke telinga Seman,

"Bang, bawakla Ani balik malam ni. Ani sunyi la tido sorang-sorang nanti..."

Jari jemari Seman yang asyik mengira wang sejak tadi tiba-tiba berhenti. Kepalanya yang terhangguk-hangguk menunduk terus terdongak dek lambaian suara manja Ani yang menghembus ke telinganya. Seluruh badannya kaku, tergamam sejenak bagaikan dipanah petir.

Tanpa berkata apa, terus disumbatkan segala wang kertas ke dalam dompetnya lantas dipakaikan kepada Ani topi keledar lebih yang sentiasa dibawa kemana-mana untuk situasi-situasi sebegini. Dihidupkan enjin RXZnya lantas laju Seman memecut meninggalkan rakan-rakan sekumpulannya.

"Seman Seman... sen pun kau dapat... mambang pun kau dapat malam ni... memang malam kau la ni..."

Kata Raz, rakan karib Seman kepada dirinya sendiri.

Dalam perjalanan pulang, segala peluang untuk mencilok ruang dicelah-celah kereta tidak ditinggalkan oleh Seman. Apatah lagi, semakin kuat dia menekan minyak, semakin kuat jualah pelukan Ani. Segala jenis lampu isyarat dan bonggol tidak diendahkan Seman.

"Hehe... orang cakap pompuan ni kalau lu bagi dia takut-takut, nanti dia lagi ghairah..."

Fikir Seman di dalam benaknya sambil laju dia memecut ke dalam kawasan rumah flatnya.

Tanpa membuka topi keledar, terus dipimpin Ani naik ke rumahnya di tingkat sembilan. Di dalam lif, hati Seman berdebar-debar memikirkan rancangan seterusnya. Matanya tajam merenung susuk tubuh Ani yang tidak ubah seperti model jamu yang menjadi pujaanya.

Makin dekat mereka ke rumah Seman, makin kuat debaran hati Seman. Sampaikan tangannya menggigil masa membuka pintu. Sebaik masuk ke dalam rumah, lampu kalimantang yang malap dipasangnya.

"Ini macam baru romantik. Ani duduk dulu ye, bang Seman nak mandi jap..."

"Ala bang Seman, tak payah mandi la... meh la duduk sebelah Ani ni. Boring la sorang-sorang..."

Gedegang! Topi keledar yang dipegang Seman terjatuh dek pujuk rayu Ani.

Terketar-ketar dia berjalan ke arah Ani yang sudah pun terbaring di atas sofanya. Berderau darah Seman melihat Ani. Perlahan-lahan ditumbangkan badannya. Jari-jemarinya Seman mula nakal. Gelak tawa kecil Ani bagaikan menaikkan lagi nafsu Seman yang sudahpun membuak-buak. Ani akur, merelakan dirinya diexplore oleh Seman.

"Tok! Tok! Tok!"

Bunyi ketukan pintu rumahnya tiba-tiba membantutkan gerak-geri Seman.

"Jais... Jais..."

Suara seorang lelaki sedang melaung diluar pintu.

Seman terkedu. Degup jantungnya kini sepantas motornya tadi. Dipalingnya ke kanan dah ke kiri; tiada tempat untuk sembunyi. Hanya tingkap rumahnya menjadi jalan keluar. Tanpa menghiraukan ketinggian rumahnya, Seman terus terjun keluar tingkap sambil bergayut pada engsel tingkapnya.

"T...t...takpe takpe Ani. Gi tengok sapa tu, c...cakap ni rumah Ani. Dok sorang kat s...sini. Abang Seman cuba g...gayut kat sini..."

Kata Seman tergagap-gagap dalam ketakutan.

Ani terus ke pintu dan bila dibukanya, seorang lelaki dalam umur 30-an sedang berdiri sambil bertanya,

"Ni rumah Encik Jais ke?"

Ani tergamam.

"Tolooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooong..."

Sayup tedengar suara Seman dari luar tingkap. Ani terus bergegas dan bila dijenguknya ke luar, mayat Seman sudahpun terdampar di tengah jalan.

Labels: ,

#################### END OF THIS TOPIC ####################

Aduhai Ali...

Maka tersebutlah kisah di sebuah kampung bernama Pinang 18, namanya sebegitu kerana hanya terdapat 18 pokok pinang kat kampung tu,kira banyak jugakkan... tinggal lah seorang orang yg gila bernama Ali( memang nama sebenar). Ali tinggal seorang diri setelah kedua ibubapanya meninggal dunia. Pondoknya terletak di hujung kampung. Ada org kata, Ali ni mewarisi sifat gila dari bapanya..

Peristiwa tragis ini berlaku pada hari Jumaat. maka hendak dijadikan cerita, seperti hari2 jumaat yg lain, Ali akan pergi ke masjid utk menunaikan solat jumaat. sungguhpun dia ni gila..tapi dalam bab sembahyang dia tak pernah gila. Oleh itu kengkawan semua, contohilah sikap Ali ni, jgnlah miss solat. nnti kita lebih gila dari org yg gila.

Setelah selesai solat, Ali pun macam biasa nak balik rumah dia. Puas dicarinya selipar buruk kesayangannya, tapi tak berjumpa jugak. Benganglah si Ali ni sebab selipar dia dah kena curi. Dengan tergesa2..Ali masuk balik ke dalam masjid dan terus menuju ke microfon. Apalagi...dia pun buat pengumuman dengan suara yg ala2 ganaz lagi brutal..

"Kepada sesiapa yg curik kasut aku, tolong pulang balik, kalau tak aku akan buat macam yg
arwah bapak aku buat tahun lepas!!!!"

Maka takutlah orang kampung Pinang 18. Almaklumler...orang giler ni kalau nak mengamuk
punyalah dahsyat. Kalau tak guna parang, mesti tak thrill.

Tetiba datanglah seorang budak dengan wajah yg pucat lagi takut menjinjing selipar buruk Ali. Sambil tersengih2 budak tu berkata...

"Alaaa abang ni.. saya nak bergurau pun tak boleh.."

Ali menjegilkan biji matanya tanda geram sesangat kat budak tu. Lintang-pukanglah budak tu lari. Setelah dapat selipar buruknya..Ali pun bersiap2 utk meninggalkan masjid. Pak Imam yg dari tadi memerhatikan kelakuan Ali cuba mendekatinya. Dengan rasa takut..
Pak Imam pun bertanya...

"Errrr...boleh aku tahu..apa yg arwah bapak ko buat bila dia tak dapat semula selipar
dia"

"Balik kaki ayamler..."jawab Ali dengan selamba rocknyerr..

Labels: ,

#################### END OF THIS TOPIC ####################

Ayam Yang Macho

Ceritanya berkisar di sebuah ladang penternakan ayam yang terletak di Gunung Semanggul. Di sana terdapat 5 ekor ayam betina dan seekor ayam jalak (kira ayam jantan macholah) yang umurnya sudah lanjut di mamah masa (cewah-cewah cam lam novel percintaan lak).

Karena merasa bahawa ayam jalak yang sudah tua tadi sudah melewati masa suburnya, si pemilik ladang tersebut memutuskan untuk membeli seekor ayam jalak lagi yang masih muda, tampan, segak, macho dan yang sewaktu dengannya. Dengan secara tidak sengaja hal ini membuatkan si ayam jalak tua menjadi merasa tersaing. Lalu bibit-bibit cemburu dan hasat dengki menguasai dirinya, mulalah dia mengatur srategi. Lalu terjadi percakapan seperti ini :

Si ayam jalak tua :
- Eh, kamu jangan serakah sgt kat sini. Ayam betinanya kan ada 25. Kamu boleh ambil yang 15, bakinya bagi aku.

Si ayam jalak muda:
- Banyak hensem ko punya muka,tua tak sedarkan diri. Hang tu dah tua dah tak larat dah so semua untuk aku sahaja.

Si ayam jalak tua :
- Eh aaa...berlagak tul mamat seekor ni (jalak tua bercakap lam ati yer). Seper kata aku tua tak larat lagi, ko jgn pandang rendah pada aku, kang aku sekeh kang... O.klah, aku maleh nak gaduh ngan budak hingusan cam ko ni (jalak tua, menunjukkan eksennyer).

- So apa kata kalau kita pertontonkan kemanchoan kita ngan mengadakan satu pertandingan. Siapa yang menang boleh ambil semua ayam betina yang ada kat sini ayam ini. Yang kalah kirim salam.

Si ayam jalak muda:
- Aku.. aku boleh sahaja, pantang dicabar ni. Kita nak buat pertandingan apa ni... cabut bulu ayam ker (jalak muda membuat lawak loya beruk yer)

Si ayam jalak tua :
- Dak´aih! Senang jer pertandingan lumba lari. Katanya sambil tersenyum kambing.

Si ayam jalak muda:
- Set

Si ayam jalak tua :
- Lumbanya 400M. Tapi karena aku sudah tua, aku minta untuk lari dulu di depanmu 50 meter.

Si ayam jalak muda:
- Boleh (dengan penuh keyakinan).

Maka pertandingan pun dimulai. Ayam jalak tua lari dulu 50 meter baru ayam jalak yang muda lari menyusul dengan kecepatan kuasa extra gaban yang mengkagumkan.

Eh, baru kurang 10 meter menyusul, si ayam jalak muda ditembak langsung oleh pemilik penternakan. Lantas kedengaran suara pemilik ladang.....

"Kurang ajar betul.... INI AYAM JALAK-HOMOSEKS NI. Asal setiap kali aku beli dapat yang macam ni SUKA SANGAT KEJAR-KEJAR AYAM JALAK TUA AKU"



NiLAI MORAL : Jgn berlagak ngan org tua (depa banyak trick yer,) HORMATILAH ORANG YANG LEBIH TUA DARI KITA...

Labels: ,

#################### END OF THIS TOPIC ####################

Aku Abang Dia

Inilah al-kisahnya...

Pada satu hari, di tengah-hari yang panas terik dek mentari...ada sepasang suami isteri yang terperangkap dalam kesesakan jalan raya...

Si suami seorang yang panas baran sehingga tak tertahan-tahan barannya kalau marah, walhal yang si isteri pulak seorang yang amat penyabar dan lemah lembut...

Setelah 20 minit berlalu,keadaan kesesakan jalan raya masih belum surut membuatkan si suami tadi mula naik darah dan melenting-lenting, bagaikan nak terkeluar stereng kereta dihempap-hempapnyanya..

Suami:
  • Hishhhh, marah betul aku! Diaorang ni, kalau nak betulkan jalan pun, buat la waktu lain, ini tak...masa ni jugak terhegeh2 nak buat!
Isteri:
  • Sabarlah bang...tengok tu, kan ramai orang kat depan tu,accident kot..
Suami:
  • Arrrgghh..kau diam! orang perempuan mana tahu hal2 macam ni! oooo,accident ye?!
    Dengan perasaan marah,si suami tadi keluar dan menghempap pintu kereta sehingga terperanjat isterinya yang ada penyakit lelah itu..

Isteri:

  • Ehhh, abang! Nak ke mana tu?
Suami:
  • Kau jangan banyak tanya! Duduk aja dalam keta ni, aku taulah apa nak buat!
Dengan marah yang masih meluap2,si suami tadi berjalan dengan angkuhnya menuju ke arah orang ramai yang mengerumuni sesuatu tidak jauh dari situ...tiba-tiba, si suami tadi menarik nafas dalam-dalam dan menjerit sekuat hatinya...

Suami:
  • TEPI..TEPI...AKU ABANG DIA! AKU ABANG DIAAAA..!

Mendengarkan si suami tadi terjerit-jerit begitu, secara automatik semua orang beri laluan kepadanya. Si suami tersenyum2 dan memuji dalam hati ´menjadi jugak taktik aku´.

Apabila si suami sampai saja di tempat kejadian,bagaikan nak terkeluar biji matanya melihat ´adiknya´ yang terlantar tak bernyawa... mana tidaknya,´adiknya´ itu

SEEKOR ANAK LEMBU! Kesiaaann...

Labels: ,

#################### END OF THIS TOPIC ####################

Haram Menikah Satu Kampung

Haram menikahi gadis satu kampung.

Begitu lah fatwa terbaru yang telah dikeluarkan oleh JAKIM.
Setelah diadakan perbincangan dan diskusi di antara para pemimpin, JAKIM dan ahli ulama' memberikan fatwa berikut tepat jam 2.00 petang pada tanggal 3 February tahun 2006 :-

"HARAM HUKUMNYA BAGI SEORANG MUSLIM LAKI-LAKI UNTUK MENIKAH DENGAN GADIS SATU KAMPUNG".

Fatwa dariapda JAKIM ini telah menimbulkan perdebatan dan bantahan yang sangat sengit antara yang pro dan kontra.

Bahkan banyak pihak dan cerdik pandai menyatakan bahawa JAKIM telah mengambil keputusan yang tidak munasabah dan terburu-buru.

Wartawan Berita Harian telah meminta pegawai kanan JAKIM untuk memberi ulasan yang mendalam sebab-sebab JAKIM mengeluarkan fatwa sedemikian.

Inilah isi wawancara tersebut:

Wartawan:
  • Bagaimana JAKIM boleh mengeluarkan fatwa bahawa haram untuk menikahi gadis / lelaki satu kampung?

Pegawai Kanan:

  • Bagaimana tidak haram, sedangkan menikahi empat orang wanita sahaja sudah berat, apalagi satu kampung....



(Cerita ini tiada kena-mengena dengan Institusi seperti yang tersebut di atas. Ianya hanyalah kisah semata-mata)

Labels: ,

#################### END OF THIS TOPIC ####################

SUDUT PILIHAN

Laman Utama Sudut Isu Semasa Sudut Idea Kreatif Sudut Motivasi Sudut Teladan Sudut Personaliti Sudut Mutiara Hikmah Sudut Gelak Ketawa Sudut Tips & Petua Sudut Karya Sudut Galeri Foto






Pelawat Online

SUDUT ARKIB





DOWNLOAD

  • Asmaul Husna
  • Nasyid AHAS
  • Nasyid Blogspot
  • Rabiah | Hijri Converter
  • XE | Money changer
  • Azim | Jawi Software
  • Azim | Jawi Font
  • Azim | Multikey
  • Azim | Panduan Multikey



  • LAMAN NASYID

    Haikal Official Site Rabbani Cyber Kerabat Devotees Komuniti Sahabat Hijjaz Mestica Fanz Club Mirwana Wildan Online Villa Sandaran Cinta Nasyeed.Com Komuniti Teman Inteam The Home of Raihan Web As Saufee


    LAMAN NGO

  • TERAS PENGUPAYAAN MELAYU
  • SAHABAT ALAM MALAYSIA
  • PER.PENGGUNA P.PINANG
  • ANG.BELIA ISLAM MALAYSIA
  • JEMAAH ISLAH MALAYSIA
  • PER.PERUBATAN ISLAM
  • MUSLIM PROFESIONAL
  • PPMUSM
  • PKPIM
  • KARISMA
  • HALUAN
  • HEWI PKPIM
  • APIS
  • ABIM Kelantan
  • ABIM Selangor
  • MISG-ABIM
  • PPIK - Kelantan
  • Kelab Remaja JIM
  • Kelab Remaja JIM
  • Seni Kehidupan
  • NISA'


  • BLOG MATERIAL

  • DailyBlogTips -> Tips
  • Clockmysite -> Embed Clock
  • ClockLink -> Embed Clock
  • Dynamic Drive -> Cipta Icon
  • Singingbox -> Upload Music
  • Ripway -> Sharing Document
  • 4shared.com -> File Sharing
  • Easy Poll -> Create Your Poll
  • Poll Code -> Free Poll
  • Awesome -> MP3 Player
  • Stickam -> AV & Photo Playlist
  • Eggdisk -> File Hosting
  • Imageshack - Image Hosting
  • PhotoBucket - Image Hosting
  • Meebo -> Chatting Online
  • Cbox -> Chatting Box
  • Shouthuns -> Chatting Box
  • Wordpress -> Free Blog:
  • Blogger -> Free Blog
  • BlogDrive -> Free Blog
  • GOOGLE -> Translate
  • ANFYteam -> Skrip Java
  • Odeo -> Studio Login
  • Windows Media Player


  • LINK


    Blogger Blogger
    Gmail Account Gmail - Mail Settings 
    Groups Groups - Subscriptions 
    Reader Reader - Settings 
    Talk Talk


    Yahoo Malaysia Broadcast Yourself
    Best Malaysian Sites Photo Bucket
    Go Meebo Powered By Blogger
    Powered by Blogger make money online blogger templates



    Powered By

    Powered by Blogger

    make money online blogger templates



    ..::: PENAFIAN :::..

    SEMUA PANDANGAN, KENYATAAN, IDEA, GAMBAR, POSTER, PENULISAN MAHUPUN APA-APA SAJA DALAM WEB INI ADALAH PANDANGAN PENULIS SEMATA-MATA.
    SEKIRANYA TERDAPAT PERSAMAAN ATAU PERCANGGAHAN, IA ADALAH SECARA KEBETULAN SAHAJA.

    COPYRIGHT © 2007
    (HAKCIPTA YANG HAKIKI ADALAH MILIK ALLAH S.W.T.)
    Blogger Templates Design by WAK KARTO | Written By WAK KARTO